Isnin, 8 Ogos 2011

TANGGUNGJAWAB SUAMI YANG SEBENAR

1) Menjadi pemimpin bagi isteri dan anak-anak dalam rumahtangga.
2) Mengajarkan ilmu Fardu ‘Ain (wajib atas setiap hamba) kepada isteri dan anak-anak iaitu ilmu Tauhid, Fiqh dan Tasawwuf.
·        Ilmu tauhid diajarkan supaya aqidahnya betul dengan aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah.
·        Ilmu Fiqh diajarkan supaya segala ibadahnya betul mengikut kehendak agama.
·        Ilmu tasawwuf diajarkan supaya mereka ikhlas dalam beramal dan dapat menjaga segala amalan mereka daripada dirosakkan oleh rasa riya’, bangga, menunjuk-nunjuk dab lain-lain.
3) Memberi makan minum, pakaian, tempat tinggal dan wang dari usaha(punca) yang halal. Ulama berkata “Sekali memberikan pakaian kepada anak isteri yang menyukakan hati mereka dan halal maka suami mendapat pahala selama 70thn”.
4) Beri nasihat jika isteri gemar mengumpat, berleter serta melakukan sesuatu yang bersalahan dengan perintah agama.
5) Malayani isteri dengan sebaik-baik pergaulan.
6) Bercakap dengan isteri secara lemah lembut.
7) Memaafkan keterlanjurannya(berbuat salah dgn tidak sengaja) tetapi kuat mencemburui tingkah lakunya(dengan berkadaran).
8) Kurangkan perdebatan(sesama ahli keluarga).
9) Memelihara maruah mereka(isteri dan anak-anak).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan